Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia dan
rakyatnya harus peka dan beradaptasi dengan sebarang perubahan kemodenan yang
melanda dunia.Kemunculan teknologi baharu ini khususnya untuk menjayakan
revolusi perindustrian 4.0 perlu disambut dengan baik kerana manfaatnya yang
meluas, di samping, sama-sama mempelajari dan memahami sistem revolusi ini
secara menyeluruh untuk tidak ketinggalan dan terpinggir.Akan datang, lebih
banyak revolusi yang bakal berlaku terutamanya dalam bidang ekonomi yang
mempengaruhi kehidupan seharian kita secara tidak langsung. Jadilah masyarakat
yang cakna dan celik ilmu.
Kemunculan Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti
maya tanpa sempadan pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan.
Daripada penghasilan wap sehingga kewujudan internet dan komputer, taraf hidup
kebanyakan masyarakat di seluruh dunia telah bertambah baik. Tanpa ragu-ragu,
perkembangan teknologi yang lebih maju dan fleksibel pada Industri 4.0 ini
berpotensi untuk meningkatkan aspek perubahan kehidupan masyarakat ke arah yang
lebih sistematik dan berkualiti berbanding ketiga-tiga revolusi sebelum ini.
Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pelan perancangan
yang mampan dan menyeluruh oleh semua pihak terlibat termasuklah penggubal
dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan Revolusi Industri 4.0 dapat
dimanfaatkan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment