·
Dengan
kemunculan teknologi baharu dalam revolusi industri 4.0 ini membawa sinar
positif iaitu penghijrahan ke teknologi perdagangan alam maya atau (e-commerce)
kerana bakal membuka banyak peluang ekonomi untuk rakyat Malaysia. Dengan
wujudnya peluang perniagaan ini, setiap individu boleh menjual dan membeli
barangan melalui aplikasi tertentu dengan kos yang lebih murah di kedai.Pihak
kerajaan juga boleh mewujudkan Rancangan Malaysia khusus untuk 30 tahun ke
hadapan sempena transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memperincikan bagaimana
masyarakat Malaysia memanfaatkan perkembangan revolusi dalam mengatur ekonomi,
perindustrian , perdagangan dan cara kehidupan.
· Revolusi Industri 4.0 adalah era yang bukan sahaja melibatkan pembelajaran komputer dan mesin sahaja, malahan melibatkan juga perancangan bakat dan inovasi. Kepelbagaian teknik dan domain dalam revolusi ini bakal membuka ruang kepada para pengajar dan pelajar untuk mempelajari sistem pendidikan baharu berorientasikan pendigitalan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk melahirkan graduan masa depan yang memiliki kemahiran, kebolehan dan nilai kemanusiaan yang diperlukan untuk menyesuaikan dengan kepesatan perubahan teknologi. Institusi-institusi pengajian tinggi telah diberikan tanggungjawab bagi mempersiapkan para graduan dengan set kemahiran yang tinggi dan berinovatif supaya mampu bersaing dengan baik semasa memasuki alam pekerjaan di masa akan datang. Pada tahun 2018, syarikat komunikasi gergasi Huawei telah bekerjasama dengan sembilan universiti awam dan swasta di negara ini bagi menawarkan Pengiktirafan Huawei melalui program Akademi Maklumat dan Rangkaian Berdaftar Huawei (HAINA). Tujuannya adalah untuk mendedahkan para graduan kepada teknologi canggih dan terkini daripada Huawei serta memberi mereka peluang menjalani latihan praktikal Informasi Teknologi Maklumat (ICT) agar mereka mampu menjadi pekerja berinovasi dan berkemahiran tinggi dalam sektor pendigitalan pada masa akan datang. Revolusi Perindustrian Keempat akan mengubah bukan sahaja apa yang kita lakukan tetapi juga siapa kita termasuklah identiti dan semua isu yang berkaitan dengannya seperti privasi hidup, tanggapan pemilikan, masa bekerja dan masa lapang serta mempengaruhi bagaimana seseorang individu membangunkan kerjaya, memupuk kemahiran, bertemu dengan orang ramai dan memupuk hubungan (Schwab, 2016).Kepelbagaian teknologi dan infrastruktur dalam Industri 4.0 telah mempengaruhi beberapa buah syarikat terkenal seperti Sime Darby Plantation dan Novozymes Malaysia untuk membina kilang dengan penggunaan beberapa peralatan teknologi tinggi seperti sensor, pengawal robotik dan near-infrared spectrophotometer serta mengimplementasikan teknologi canggih dalam sistem kawalan penyeliaan dalam memantau penghasilan produk di kilang tersebut dan menjalankan kajian terhadap masalah biologi dan kualiti produk mereka. Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia, Celcom Axiata telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Kwasa Land bagi membina sebuah bandar pintar di Kwasa Damansara, Sungai Buloh. Pembinaan ini akan melibatkan pembangunan infrastruktur teknologi maklumat (ICT), sambungan Internet berkelajuan Tinggi 5G, sistem keselamatan pintar dan pengurusan mesra alam sekitar.Kewujudan bandar ini akan memberi impak yang positif terhadap masyarakat dari segi pengurusan, keselamatan dan pembangunan yang sistematik serta mesra pengguna.
No comments:
Post a Comment