Saturday, April 16, 2022

b) Keburukan teknologi baharu dalam ir 4.0

 

·       Kesan Industri 4.0 ke atas penggunaan tenaga kerja tempatan,kumpulan menengah rendah akan menjadi kumpulan paling terjejas kerana secara perlahan menjadi kelompok yang tidak diperlukan dalam ekonomi.Kumpulan menengah rendah ini lebih mudah diganti dengan robot dan sistem kerana mereka tidak mempunyai

(tacit knowledge) yang boleh ditawarkan kepada majikan dan ekonomi secara keseluruhannya.Akibat diganti dengan peralatan komputer dan komunikasi digital lainnya, kumpulan ini akhirnya akan terpinggir dalam sistem ekonomi baru ini.Berbeza dengan kumpulan berpendapatan rendah meskipun statusnya sama dengan kumpulan berpendapatan sederhana tetap mempunyai beberapa perbezaan positif dengan kebanyakan mereka mengekalkan pekerjaan masing-masingKumpulan pendapatan rendah ini akan terus mendapat perhatian dan simpati kerajaan dan industri mengenai nasib mereka. Pelbagai dasar dan polisi akan dirangka oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan pekerjaan mereka.

Perkara ini berlaku di atas sebab bahawa robot dan teknologi automasi tidak akan mampu untuk melakukan pekerjaan golongan ini seperti tukang sapu, tukang cuci dan juga membasuh tandas.

·       Dengan munculnya teknologi baharu revolusi industry keburukannya ialah kekurangan tenaga mahir Usaha bagi melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar keranamemerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu tinggi. Menurut (World Economic Forum), satu tinjauan telah dilakukan dan didapati sebanyak 37 peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki kemahiran asas digital dan hal ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka dalam berhadapan dan menyesuaikan diri dengan revolusi teknologi baru. Realiti yang berlaku sekarang ini negara-negara yang sedang membangun masih lagi mengkaji keberkesanan Industri 4.0 terhadap ekonomi negara mereka. Walhal negara-negara maju seperti Jerman, Jepun dan Switzerland sudah pun mempraktikan revolusi ini dalam sektor industri dan perniagaan mereka.

 

 

No comments:

Post a Comment

revolusi industri 4.0