Saturday, April 23, 2022

revolusi industri 4.0

 



Para era kini dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 billion, perkembangan semasa teknologi meramalakan 50 billion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain.Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia yang memiliki kira-kira 6.58 peranti eloktronik . Peranti yang saling berhubung ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai revolusi perindustriaan (Industri 4.0) dan era Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini berlaku melalui tiga ciri utama iaitu  kelajuan, keluasan dan kedalaman serta impak menyeluruh. Ini menyebabkan dunia pada masa hadapan akan dipenuhi dengan fenomena-fenomena baharu.

Klaus Schwab, menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0 yang merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.

Pemangkin Industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan kemajuan dalam bidang autonomous robots, big data, augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung pada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Industri 4.0 mendorong syarikat untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan dengan internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran.


No comments:

Post a Comment

revolusi industri 4.0