Revolusi Industri 4.0
Saturday, April 23, 2022
revolusi industri 4.0
Para era kini dengan anggaran penduduk dunia mencecah
7.6 billion, perkembangan semasa teknologi meramalakan 50 billion peranti
elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain.Ini menunjukkan
jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap
manusia yang memiliki kira-kira 6.58 peranti eloktronik . Peranti yang saling
berhubung ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi
baharu yang dikenali sebagai revolusi perindustriaan (Industri 4.0) dan era
Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar
Digital Malaysia. Revolusi
Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini berlaku melalui tiga ciri utama
iaitu kelajuan, keluasan dan kedalaman
serta impak menyeluruh. Ini menyebabkan dunia pada masa hadapan akan dipenuhi
dengan fenomena-fenomena baharu.
Klaus Schwab, menerusi bukunya The Fourth Industrial
Revolution menjelaskan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup.
Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan
biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0 yang merangkumi
simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri
Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan
bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.
Pemangkin Industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara
amnya adalah berteraskan kemajuan dalam bidang autonomous robots, big data,
augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D,
keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah
negara yang bergantung pada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk
menjadi pangkalan perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi
agar negara lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Industri 4.0
mendorong syarikat untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam
teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan
dengan internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian
pengeluaran.
Friday, April 22, 2022
Pautan link ir 4.0
Pautan link berkaitan revolusi 4.0
- AUGMENTED REALITY - (https://youtu.be/WxzcD04rwc8)
INTERNET OF THING - (https://youtu.be/LlhmzVL5bm8)
- CYBERSECURITY - (https://youtu.be/9hh0qGfvHSU)
CLOUD COMPUTING - (https://youtu.be/M988_fsOSWo)
kesimpulan
Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia dan
rakyatnya harus peka dan beradaptasi dengan sebarang perubahan kemodenan yang
melanda dunia.Kemunculan teknologi baharu ini khususnya untuk menjayakan
revolusi perindustrian 4.0 perlu disambut dengan baik kerana manfaatnya yang
meluas, di samping, sama-sama mempelajari dan memahami sistem revolusi ini
secara menyeluruh untuk tidak ketinggalan dan terpinggir.Akan datang, lebih
banyak revolusi yang bakal berlaku terutamanya dalam bidang ekonomi yang
mempengaruhi kehidupan seharian kita secara tidak langsung. Jadilah masyarakat
yang cakna dan celik ilmu.
Kemunculan Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti
maya tanpa sempadan pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan.
Daripada penghasilan wap sehingga kewujudan internet dan komputer, taraf hidup
kebanyakan masyarakat di seluruh dunia telah bertambah baik. Tanpa ragu-ragu,
perkembangan teknologi yang lebih maju dan fleksibel pada Industri 4.0 ini
berpotensi untuk meningkatkan aspek perubahan kehidupan masyarakat ke arah yang
lebih sistematik dan berkualiti berbanding ketiga-tiga revolusi sebelum ini.
Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pelan perancangan
yang mampan dan menyeluruh oleh semua pihak terlibat termasuklah penggubal
dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan Revolusi Industri 4.0 dapat
dimanfaatkan sebaiknya.
Thursday, April 21, 2022
Saturday, April 16, 2022
b) Keburukan teknologi baharu dalam ir 4.0
·
Kesan
Industri 4.0 ke atas penggunaan tenaga kerja tempatan,kumpulan menengah rendah
akan menjadi kumpulan paling terjejas kerana secara perlahan menjadi kelompok
yang tidak diperlukan dalam ekonomi.Kumpulan menengah rendah ini lebih mudah
diganti dengan robot dan sistem kerana mereka tidak mempunyai
(tacit knowledge) yang boleh ditawarkan kepada majikan
dan ekonomi secara keseluruhannya.Akibat diganti dengan peralatan komputer dan
komunikasi digital lainnya, kumpulan ini akhirnya akan terpinggir dalam sistem
ekonomi baru ini.Berbeza dengan kumpulan berpendapatan rendah meskipun
statusnya sama dengan kumpulan berpendapatan sederhana tetap mempunyai beberapa
perbezaan positif dengan kebanyakan mereka mengekalkan pekerjaan
masing-masingKumpulan pendapatan rendah ini akan terus mendapat perhatian dan
simpati kerajaan dan industri mengenai nasib mereka. Pelbagai dasar dan polisi
akan dirangka oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan pekerjaan mereka.
Perkara ini berlaku di atas sebab bahawa robot dan
teknologi automasi tidak akan mampu untuk melakukan pekerjaan golongan ini
seperti tukang sapu, tukang cuci dan juga membasuh tandas.
·
Dengan
munculnya teknologi baharu revolusi industry keburukannya ialah kekurangan
tenaga mahir Usaha bagi melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang
teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat
mencabar keranamemerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu
tinggi. Menurut (World Economic Forum), satu tinjauan telah dilakukan dan
didapati sebanyak 37 peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki
kemahiran asas digital dan hal ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada
mereka dalam berhadapan dan menyesuaikan diri dengan revolusi teknologi baru. Realiti
yang berlaku sekarang ini negara-negara yang sedang membangun masih lagi
mengkaji keberkesanan Industri 4.0 terhadap ekonomi negara mereka. Walhal
negara-negara maju seperti Jerman, Jepun dan Switzerland sudah pun mempraktikan
revolusi ini dalam sektor industri dan perniagaan mereka.
-
Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia dan rakyatnya harus peka dan beradaptasi dengan sebarang perubahan kemodenan yang melanda d...
-
· Dengan kemunculan teknologi baharu dalam revolusi industri 4.0 ini membawa sinar positif iaitu penghijrahan ke teknologi perdag...
-
Pautan link berkaitan revolusi 4.0 AUGMENTED REALITY - ( https://youtu.be/WxzcD04rwc8 ) INTERNET OF THING - ( https://youtu.be/LlhmzV...