Saturday, April 23, 2022

revolusi industri 4.0


 

revolusi industri 4.0

 



Para era kini dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 billion, perkembangan semasa teknologi meramalakan 50 billion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain.Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia yang memiliki kira-kira 6.58 peranti eloktronik . Peranti yang saling berhubung ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai revolusi perindustriaan (Industri 4.0) dan era Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini berlaku melalui tiga ciri utama iaitu  kelajuan, keluasan dan kedalaman serta impak menyeluruh. Ini menyebabkan dunia pada masa hadapan akan dipenuhi dengan fenomena-fenomena baharu.

Klaus Schwab, menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0 yang merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.

Pemangkin Industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan kemajuan dalam bidang autonomous robots, big data, augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung pada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Industri 4.0 mendorong syarikat untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan dengan internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran.


Friday, April 22, 2022

Video



 









Pautan link ir 4.0

 Pautan link berkaitan revolusi 4.0


kesimpulan

 

Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia dan rakyatnya harus peka dan beradaptasi dengan sebarang perubahan kemodenan yang melanda dunia.Kemunculan teknologi baharu ini khususnya untuk menjayakan revolusi perindustrian 4.0 perlu disambut dengan baik kerana manfaatnya yang meluas, di samping, sama-sama mempelajari dan memahami sistem revolusi ini secara menyeluruh untuk tidak ketinggalan dan terpinggir.Akan datang, lebih banyak revolusi yang bakal berlaku terutamanya dalam bidang ekonomi yang mempengaruhi kehidupan seharian kita secara tidak langsung. Jadilah masyarakat yang cakna dan celik ilmu. Kemunculan Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa sempadan pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan. Daripada penghasilan wap sehingga kewujudan internet dan komputer, taraf hidup kebanyakan masyarakat di seluruh dunia telah bertambah baik. Tanpa ragu-ragu, perkembangan teknologi yang lebih maju dan fleksibel pada Industri 4.0 ini berpotensi untuk meningkatkan aspek perubahan kehidupan masyarakat ke arah yang lebih sistematik dan berkualiti berbanding ketiga-tiga revolusi sebelum ini. Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pelan perancangan yang mampan dan menyeluruh oleh semua pihak terlibat termasuklah penggubal dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan Revolusi Industri 4.0 dapat dimanfaatkan sebaiknya.

 

Thursday, April 21, 2022

Maklumat Diri

 


Nama : Engku Kasma Anis bt Engku Kari
No Matrik : 283730
Pekerjaan : Pdrm
Hobi : Berenang

Saturday, April 16, 2022

b) Keburukan teknologi baharu dalam ir 4.0

 

·       Kesan Industri 4.0 ke atas penggunaan tenaga kerja tempatan,kumpulan menengah rendah akan menjadi kumpulan paling terjejas kerana secara perlahan menjadi kelompok yang tidak diperlukan dalam ekonomi.Kumpulan menengah rendah ini lebih mudah diganti dengan robot dan sistem kerana mereka tidak mempunyai

(tacit knowledge) yang boleh ditawarkan kepada majikan dan ekonomi secara keseluruhannya.Akibat diganti dengan peralatan komputer dan komunikasi digital lainnya, kumpulan ini akhirnya akan terpinggir dalam sistem ekonomi baru ini.Berbeza dengan kumpulan berpendapatan rendah meskipun statusnya sama dengan kumpulan berpendapatan sederhana tetap mempunyai beberapa perbezaan positif dengan kebanyakan mereka mengekalkan pekerjaan masing-masingKumpulan pendapatan rendah ini akan terus mendapat perhatian dan simpati kerajaan dan industri mengenai nasib mereka. Pelbagai dasar dan polisi akan dirangka oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan pekerjaan mereka.

Perkara ini berlaku di atas sebab bahawa robot dan teknologi automasi tidak akan mampu untuk melakukan pekerjaan golongan ini seperti tukang sapu, tukang cuci dan juga membasuh tandas.

·       Dengan munculnya teknologi baharu revolusi industry keburukannya ialah kekurangan tenaga mahir Usaha bagi melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar keranamemerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu tinggi. Menurut (World Economic Forum), satu tinjauan telah dilakukan dan didapati sebanyak 37 peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki kemahiran asas digital dan hal ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka dalam berhadapan dan menyesuaikan diri dengan revolusi teknologi baru. Realiti yang berlaku sekarang ini negara-negara yang sedang membangun masih lagi mengkaji keberkesanan Industri 4.0 terhadap ekonomi negara mereka. Walhal negara-negara maju seperti Jerman, Jepun dan Switzerland sudah pun mempraktikan revolusi ini dalam sektor industri dan perniagaan mereka.

 

 

Definasi Teknologi Baharu revolusi Baharu Revolusi Industri 4.0

 

Teknologi pertama ialah dalam pengembangan yang terjadi di revolusi industry adalah simulasi yang merupakan bentuk perwakilan dari operasi waktu ke waktu.Simulasi seringkali digunakan untuk berbagai konteks seperti dalam simulasi teknologi yang digunakan untuk optimalisasi kineria, Teknik keselamatan , pengujian serta pelatihan.

          Selain itu,teknologi kedua pula dalam pengembangan yang terjadi dalam revolusi industry 4.0 adalah system integrasi adalah merupakan sebuah rangkaian penghubung antara beberapa system baik secara fisik mahupun fungsional. Sistem ini juga akan menggabungkan antara kompenon sub sistem yang ada dalam satu system sehingga dapat menjamin setiap fungsi yang ada dapat bekerja dengan baik sebagai satu kesatuan dari system yang ada.

          Manakala teknologi ketiga pula keselamatan siber adalah perlindungan data dan meminimumkan risiko kehilangan, kerosakan data melalui penciptaan system.keselamatan siber juga merupakan sebuah bentuk upaya untuk melindungi segala informasi yang dimiliki dari adanya serangan siber.Ancaman siber merupakan segala jenis Tindakan yang segaja dilakukan untuk menggangu kerahsiaan serta ketersediaan sebuah informasi.

 Analisis data besar (big data) merupakan analisis terhadap set data yang besar ini akan membantu mengoptimumkan kualiti pengeluaran, kos penjimatan dan perkhidmatan.

a)Kebaikan setiap teknologi baharu dalam revolusi industri 4.0

 

 

·       Dengan kemunculan teknologi baharu dalam revolusi industri 4.0 ini membawa sinar positif iaitu penghijrahan ke teknologi perdagangan alam maya atau (e-commerce) kerana bakal membuka banyak peluang ekonomi untuk rakyat Malaysia. Dengan wujudnya peluang perniagaan ini, setiap individu boleh menjual dan membeli barangan melalui aplikasi tertentu dengan kos yang lebih murah di kedai.Pihak kerajaan juga boleh mewujudkan Rancangan Malaysia khusus untuk 30 tahun ke hadapan sempena transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memperincikan bagaimana masyarakat Malaysia memanfaatkan perkembangan revolusi dalam mengatur ekonomi, perindustrian , perdagangan dan cara kehidupan.

·       Revolusi Industri 4.0 adalah era yang bukan sahaja melibatkan pembelajaran komputer dan mesin sahaja, malahan melibatkan juga perancangan bakat dan inovasi. Kepelbagaian teknik dan domain dalam revolusi ini bakal membuka ruang kepada para pengajar dan pelajar untuk mempelajari sistem pendidikan baharu berorientasikan pendigitalan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk melahirkan graduan masa depan yang memiliki kemahiran, kebolehan dan nilai kemanusiaan yang diperlukan untuk menyesuaikan dengan kepesatan perubahan teknologi. Institusi-institusi pengajian tinggi telah diberikan tanggungjawab bagi mempersiapkan para graduan dengan set kemahiran yang tinggi dan berinovatif supaya mampu bersaing dengan baik semasa memasuki alam pekerjaan di masa akan datang. Pada tahun 2018, syarikat komunikasi gergasi Huawei telah bekerjasama dengan sembilan universiti awam dan swasta di negara ini bagi menawarkan Pengiktirafan Huawei melalui program Akademi Maklumat dan Rangkaian Berdaftar Huawei (HAINA). Tujuannya adalah untuk mendedahkan para graduan kepada teknologi canggih dan terkini daripada Huawei serta memberi mereka peluang menjalani latihan praktikal Informasi Teknologi Maklumat (ICT) agar mereka mampu menjadi pekerja berinovasi dan berkemahiran tinggi dalam sektor pendigitalan pada masa akan datang. Revolusi Perindustrian Keempat akan mengubah bukan sahaja apa yang kita lakukan tetapi juga siapa kita termasuklah identiti dan semua isu yang berkaitan dengannya seperti privasi hidup, tanggapan pemilikan, masa bekerja dan masa lapang serta mempengaruhi bagaimana seseorang individu membangunkan kerjaya, memupuk kemahiran, bertemu dengan orang ramai dan memupuk hubungan (Schwab, 2016).Kepelbagaian teknologi dan infrastruktur dalam Industri 4.0 telah mempengaruhi beberapa buah syarikat terkenal seperti Sime Darby Plantation dan Novozymes Malaysia untuk membina kilang dengan penggunaan beberapa peralatan teknologi tinggi seperti sensor, pengawal robotik dan near-infrared spectrophotometer serta mengimplementasikan teknologi canggih dalam sistem kawalan penyeliaan dalam memantau penghasilan produk di kilang tersebut dan menjalankan kajian terhadap masalah biologi dan kualiti produk mereka. Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia, Celcom Axiata telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Kwasa Land bagi membina sebuah bandar pintar di Kwasa Damansara, Sungai Buloh. Pembinaan ini akan melibatkan pembangunan infrastruktur teknologi maklumat (ICT), sambungan Internet berkelajuan Tinggi 5G, sistem keselamatan pintar dan pengurusan mesra alam sekitar.Kewujudan bandar ini akan memberi impak yang positif terhadap masyarakat dari segi pengurusan, keselamatan dan pembangunan yang sistematik serta mesra pengguna.

revolusi industri 4.0